Friday 1 April 2016

PENGURUSAN KONFLIK DAN STRES

Apakah itu stres?

= reaksi badan kepada sebarang perubahan yang memerlukan penyesuaian respons.

Stres terbahagi kepada berapa?

= terbahagi peda 2 iaitu eustres dan distres.

Apakah maksud eustres?

= memberi kesan yang positif seperti membantu kita menjalankan tugas dengan lebih baik, bertenaga dan efisien.

Apakah maksud distres?

= memberi kesan yang negatif seperti menyebabkan kebimbangan, kekecewaan dan berasa tidak berguna.


Terdapat beberapa situasi dalam kehidupan harian yang boleh menyebabkan stres. Antaranya peperiksaan serta perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga.

A. Peperiksaan

= Kebanyakan daripada kita akan mengalami stres menjelang peperiksaan. Walau bagaimanapun, tahap stres yang dialami setiap orang berbeza- beza bergantung pada persediaan yang dibuat untuk menghadapi peperiksaan. Faktor faktor lain yang menyebabkan kita mengalami stres ketika menghadapi peperiksaan ialah:
            1) Tersalah jadual peperiksaan
            2) Lewat tiba ke tempat peperiksaan
            3) Persekitaran rumah yang bising
            4) Masalah kesihatan
            5) Tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan.

B. Masalah Perhubungan dengan Rakan Sebaya dan Keluarga

= Antara situasi yang boleh menyebabkan stres adalah:
              1) Sukar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya ketika berpindah ke sekolah baharu.
              2) Perbezaan umur antara adik beradik yang terlalu jauh
              3) Berasa terasing dan rendah diri dengan kekurangan diri berbanding dengan rakan sebaya .

C. Perhubungan Kendiri

= Stres yang timbul daripada masalah perhubungan dengan rakan sebaya dan ahli keluarga atau situasi lain mungkin berpunca daripada cara kita menilai diri.

STRATEGI MENGURUSKAN STRES

= Pengurusan stres terdiri daripa tiga jenis kemahiran, iaitu mengelakkan stressor luaran, mengawal dan mengurangkan reaksi stres diri.

1) Pengurusan Masa
  •   merancang penggunaan masa
  • mengutamakan perkara yang penting
2) Beriadah
  • joging
  • yoga
  • renang
3) Mendapatkan Sokongan Sosial
  • minta nasihat, pandangan atau pendapat orang lain
  • minta khidmat profesional seperti kaunselor, ahli terapi atau doktor.
4) Mengamalkan Teknik Relaksasi
  • meditasi
  • sembahyang
  • teknik pernafasan
  • teknik imageri berpandu


2 comments: