Tuesday 22 March 2016

PRINSIP PRINSIP LATIHAN

PRINSIP PRINSIP LATIHAN

1. Prinsip Beban Lebih (overloading)
= kadar intensiti perlu melebihi tahap kemampuan untuk mendapatkan kesan latihan.

2.Prinsip Ansur Maju (progression)
= peningkatan intensiti latihan perlu dilakukan secara beransur ansur

3. Prinsip Kekhususan (specifity)
= latihan perlu berfokus kepada peningkatan komponen kecergasan atau kemahiran yang khusus.

4. Prinsip Kepelbagaian (variability)
= program latihan perlu ada variasi aktiviti

5. Prinsip Kebolehbalikan (reversibility)
= latihan perlu konsisten supaya tahap kecergasan yang telah dicapai tidak menurun

6. Prinsip Perbezaan Individu (individual differences)
= program latihan perlu disesuaikan dengan keperluan individu.

Prinsip Beban Lebih
= prinsip latihan ini menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal hanya akan meningkat sekiranya otot dilatih dengan beban latihan yang melebihi tahap keupayaan biasa. Jenis lebihan bebanan yang diaplikasikan dalam sesuatu latihan adalah spesifik kepada komponen kecergasan yang hendak dibina.

Prinsip Ansur Maju
= menyatakan bahawa penambahan beban sepanjang program latihan perlu dilakukan secara beransur ansur. Penambahan progresif ini bermuala pada tahap rendah, iaitu pada kadar 60 peratus keupayaan semasa, dan beransur ansur meningkat hingga 90 peratus. Keadaan ini penting kerana proses adaptasi fisiologi manusia terhadap sesuatu latihan juga berlaku secara beransur ansur.

Prinisp Kekhususan
= menyatakan bahawa program latihan yang berkesan perlu mempunyai tujuan yang khusus. Sebagai contoh, apabila merancang latihan untuk membina kelajuan, perlu dipastikan aktiviti latihan yang dipilih berfokus kepada meningkatkan aspek kelajuan tersebut.

Prinisp Kepelbagaian
= menyatakan bahawa program latihan perlu mempunyai kepelbagaian aktiviti. Kepelbagaian yang dimaksudkan ini adalah spesifik kepada variasi aktiviti untuk membina sesuatu aspek kecergasan yang khusus. Sebagai contoh, kekuatan otot quadriceps boleh dibina melalui variasi aktiviti half squat, leg press atau leg extension.

Prinsip Kebolehbalikan
= kebolehbalikan bermaksud tahap kecergasan yang diperoleh setelah menjalani latihan boleh merosot ke paras pralatihan. Fenomena kebolehbalikan akan berlaku sekiranya latihan dihentikan unutk suatu tempoh tertentu yang dipengaruhi oleh tahap kecergasan fizikal yang dicapai.

Prinsip Perbezaan Individu
=menyatakan bahawa program latihan perlu mengambil kira aspek keindividuan.

Program Senaman Berdasarkan FITT

F (FREQUENCY)= kekerapan
I (INTENSITY)= intensiti
T(TIME)= jangka masa
T(TYPE)= jenis aktiviti

Frequency (Kekerapan)
= aktiviti fizikal perlu dilakukan dengan kerap. Kekerapan pelaksanaanya bergantung pada komponen kecergasan yang hendak dibina. Kekerapan ditentukan mengikut jumlah hari latihan dalam seminggu.

Intensity(intensitit)
= aktiviti fizikal perlu dilakukan melebihi keupayaan normal. Sebagai contoh, kecergasan kardiovaskular memerlukan seseorang itu bersenam dalam zon melebihi paras Kadar Nadi Rehat.

Time(jangka masa) aktiviti perlu dilakukan dalam jangka masa 20 minit hingga 60 minit dalam sesuatu sesi latihan. Tempoh aktiviti bergantung pada intensiti. Sebagai contoh, jika intensiti senaman itu rendah, jangka masa aktiviti lebih lama.

Type(jenis)
= aktiviti perlu dilakukan dalam sesuatu program perlu terdiri daripada pelbagai jenis. Kepelbagaian ini membantu proses membina kesuluruhan komponen kecergasan fizikal.


4 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsian .. cik tak kisah kan kalau saya share dgn orang lain..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian...cik kalau saya amik maklumat ini untuk buat presentation saya takpe kan

    ReplyDelete
  3. Sye xbrpe fhm la mksud intensiti

    ReplyDelete
  4. hi, saya nak tanya..kalau program latihan untuk atlit acara 800 meter..misalnya kita buat latihan fartlek untuk 4 minggu..so mcmna nak tau kebolehbalikan atlit tu ? supaya dpt tau dalam seminggu berpa kali atlit dapat melakukan latihan. terima kaseh

    ReplyDelete