Sunday 17 January 2016

A. LATIHAN PAARLUF

-Latihan paarluf atau lari berpasangan secara asasnya ialah lari berganti ganti. Dalam latihan ini apabila salah seorang daripada pasangan tersebut berlari , seorang lagi akan berehat secara aktif seperti berjoging. Latihan secara berpasangan akan menambahkan kerjasama antara pasangan atau kumpulan ketika melakukan latihan.

B. LATIHAN PIRAMID

-Latihan pyramid ialah satu larian bersiri yang melibatkan pelbagai jarak atau masa larian. Latihan ini sesuai dilaksanakan di atas trek untuk  memudahkan kita menganggarkan jarak larian. Latihan pyramid akan lebih berkesan sekiranya masa rehat diperuntukkan di antara satu jarak larian dengan jarak yang berikutnya . Latihan ini boleh dipraktikkan menggunakan ukuran masa berlari dan diselang selikan dengan aktiviti berjalan.Semasa berlari, intensiti latihan hendaklah berada dalam zon Kadar Nadi Latihan sekurang kurangnya 20 minit. Kerjasama, motivasi dan sikap toleransi perlu ada bagi membantu rakan yang kurang berkemampuan untuk berlari secara berterusan dengan kelajuan yang ditetepkan.

C. LOMPAT TALI

-Aktiviti ini baik untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular jika dilakukan  selama 10 minit dan intensiti latihan 70 peratus hingga 80 peratus daripada Kadar Nadi Maksimum. Kaedah melakukan lompat tali adalah:

1. Pilih tali yang sesuai dengan ketinggian. Berdiri dengan kedua dua belah kaki hamper rapat.
2. Pegang pemegang tali dengan selesa dan biarkan tali berada di belakang kaki.
3. Ayun kedua dua belah tangan ke hadapan untuk memulakan lompatan.
4. Lompat melepasi tali dan mendarat pada kedua dua bebola kaki. Teruskan ayunan menggunakan pergelangan tangan.
5. Lakukan lompatan dengan kadar 60 hingga 70 pusingan seminit hingga ke tahap yang temampu dilakukan.

No comments:

Post a Comment