Sunday 17 January 2016

Faedah latihan kecergasan daya tahan kardiovaskular tidak dapat dilihat dengan serta merta. Kesan dan faedahnya diperoleh sekiranya latihan dilakukan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan. Antara kesan perubahan/adaptasi fisiologi dan faedah:

1. Berlaku  hipertrofi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung. Keadaan ini memberi faedah kepada peningkatan kekuatan jantung mengepam darah beroksigen dengan lebih banyak ke otot otot.Aspek ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada otot otot dan membolehkan kita bekerja dengan lebih lama.

2. Penurunan Kadar Nadi Rehat selepas menjalani program latihan kardiovaskular yang berpanjangan [8 minggu hingga 12 minggu]. KNR ialah indicator kecergasan fizikal seseorang.

3. Mempercepat kadar nadi pemulihan . Faedah, pemulihan yang berlaku dengan cepat membenarkan individu untuk meneruskan aktiviti selanjutnya.

4.Peningkatan pengeluaran jantung sedenyut dan pengeluaran jantung seminit semasa menjalani latihan. Peningkatan bekalan darah beroksigen ke otot otot berlaku bagi membolehkan otot berfungsi dalam jangka masa yang agak lama.

5. Peningkatan kapilarisasi di otot otot dan organ organ. Oksigen dapat dibekalkan kepada otot yang bekerja dengan efisien untuk penghasilan tenaga.

6.Penurunan tekanan darah sistolik dan diastolik terutama semasa rehat bagi individu yang mempunyai tahap hipertensi yang rendah. Keadaan ini dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti hipertensi, penyakit jantung dan strok.

7. Peningkatan kolestrol baik atau high density lipoprotein[HDL]. Faedahnya mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan salur  darah seperti atherosclerosis yang boleh membawa kepada penyakit hipertensi, strok dan penyakit jantung.

1 comment:

  1. Casinos near casinos and hotels - Mapyro
    A map showing 부산광역 출장마사지 casinos and hotels 광주 출장안마 with casinos and hotels, located 논산 출장샵 in Northern Illinois at 151 W Boulder Road, in North 강원도 출장샵 Fort Bend, 부천 출장샵 Indiana,

    ReplyDelete