Monday 14 March 2016

KELAJUAN

Kelajuan
= bermaksud sebagai keupayaan seseorang bergerak dari suatu kedudukan ke kedudukan yang baru dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, aksi atlet 100 meter menamatkan larian dari garisan permulaan ke garisan penamat. Bagi jenis pergerakan bukan lokomotor, kelajuan merujuk keupayaan bahagian anggota khusus melengkapkan julat pergerakannya dengan pantas. Sebagai contoh, aksi pemain tenis melengkapkan pergerakan servis.

Aktiviti Membina Kelajuan Dalam Situasi Permainan
=aktiviti -aktiviti berikut ialah beberapa contoh aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran sukan. Semua aktiviti ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan unutk meningkatkan kelajuan kita dalam permainan tertentu. Antara aktiviti tersebut ialah:
     1. berlari 30 meter sambil melantun bola.
     2.berlari 30 meter sambil mengawal bola kaki
     3. lompat tali { jump rope}

Menentukan Jeda Kerja
1. berdirir sambil memegang bola di garisan permulaan.
2. apabila menerima isyarat, berlari sambil melantun bola.
3. catatkan masa yang diambil
4. lakukan tiga percubaan. Kemudian pilih masa terpantas daripada tiga percubaan tersebut. Tambahkan  1 saat pada masa yang tersebut.
5. Masa yang diperoleh ini digunakan sebagai jeda kerja latihan seterusnya.

Prosedur Latihan
1. berdiri di garisan permulaan
2. apabila menerima isyarat, berlari sambil melantun bola atau kawal bola hoki ke arah garisan penamat dalam jangka masa atau jeda kerja yang telah ditetapkan.
3. lakukan sebanyak 10 repetisi.
4. berehat aktif antara setiap repetisi. Masa rehat yang dicadangkan ialah tiga kali ganda masa kerja.
5. ulang aktiviti sebanyak 5 set.
6. kira kadar nadi 120 denyutan seminit untuk menentukan masa rehat antara set.

A. Berlari 30 meter sambil melantun bola
= tujuannya aktiviti ini dilakukan adalah untuk meningkatkan daya pecutan supaya kita boleh berlari laju sambil melantun bola. Keupayaan menguasai kemahiran ini dengan pergerakan yang laju memberi manfaat kepada kita terutamanya dalam permainan bola keranjang dan bola baling.

Teknik berlari sambil melantun bola adalah seperti berikut:
1. lantun bola kehadapan separas pinggan dengan menggunakan pergerakan jari dan pergelangan tangan.
2. lari ke arah bola dengan badan condong ke hadapan sedikit untuk mendapatkan postur memecut
3. kawal semula bola yang dilantun dan serap daya pada tapak tangan, jari-jari dan pergelangan tangan.

B. Berlari 30 meter sambil mengawal bola hoki
= tujuannya unutk meningkatkan kelajuan larian sambil mengawal bola hoki, perlu memberi tumpuan kepada teknik lari pecut dan kemahiran mengawal bola jauh di hadapan kayu hoki [ loose dribble]

Teknik mengawal bola hoki sambil berlari adalah seperti berikut;
1. pegang kayu hoki dengan tangan kiri di bahagian atas dan tangan kanan di tengah.
2. tolak bola ke hadapan dan jauh sedikit dari hujung kayu hoki sewaktu berlari.
3. lari laju sambil mengawal bola. Bongkokkan badan ke hadapan sedikit unutk mendapatkan postur memecut.

C. Lompat tali
= meningkatkan kelajuan pergerakan kaki dan tangan.

Teknik yang sesuai digunakan ialah lompat tali dengan langkah selang-seli seperti berikut:
1. ayun tali dan lompat dengan sebelah kaki unutk melepasinya.
2. teruskan ayunan dan lompat dengan bertukar kaki lompatan secara selang- seli.
3. kira lompatan kaki kanan dan darab dengan 2 unutk mendapatkan jumlah lompatan kedua-dua belah kaki.

Faedah Latihan

1. Peningkatan kelajuan pergerakan anggota badan.
= cepat bertindak balas semasa beraksi

2. Peningkatan koordinasi anggota badan yang terlibat dalam kemahiran
= faedahnya tahap kemahiran motor meningkat dan boleh melakukan pergerakan kompleks dengan cekap.

3. Peningkatan fungsi otot apabila otot mengalami hipertrofi, iaitu peningkatan saiz dan jisim otot.
= otot menjadi lebih kuat dan tidak mudah cedera.

4. Peningkatan kapasiti anaerobik otot.
= boleh melakukan aktiviti- aktiviti eksplosif berulang kali.



1 comment: