Monday, 21 March 2016

KOMPOSISI BADAN

Komposisi badan merujuk peratusan lemak badan berbanding otot, tulang dan tisu badan yang lain.

Menganggar Peratusan Lemak
i] pengukuran lipatan kulit,dan
ii] pengiraan jumlah ukuran lipatan kulit.

A. Pengukuran Lipatan Kulit

Terdapat beberapa tempat untuk mengukur lipatan kulit
= i] triceps
   ii] subscapular.

Prosedur Pengukuran Lipatan Kulit

1. kenal pasti dan tanda lokasi yang akan diukur dengan berhati hati.
2. cubit dan tarik lipatan kulit 1 cm dari lokasi yang akan diukur.
    letak rahang kaliper bersudut tepat dengan lipatan kulit 1 cm di hujung jari yang mencubit.
3. biarkan rahang kaliper mengepit perlahan lahan. Selepas 4 saat, catatkan bacaan ukuran lipatan kulit dalam borong ujian. Lepaskan rahang kaliper perlahan lahan dan alihkan dari lokasi.

Indeks Jisim Badan

Pengukuran Ketinggian
1. berdiri tegak tangan lururs di sisi badan. Tumit kaki, kepala, belakang bahu dan pinggul menyentuh rod pengukuran atau dinding.
2. mata pandang ke hadapan.
3. turunkan pelaras ukuran ketinggian sehingga menyentuh kepala.
4. catat bacaan ketinggian pada 0.1 cm yang hampir.

Pengukuran Berat Badan
1. berdiri tegak tanpa kasut di atas alat penimbang. Mata pandang ke hadapan.
2. Berat badan seimbang di atas kedua dua belah kaki.
3. catat bacaan pada 100 g yang hampir



No comments:

Post a Comment