Monday 21 March 2016

KUASA OTOT

Apakah maksud kuasa otot?
= kuasa sebagai kemampuan otot untuk menjana daya yang maksimum dalam tempoh masa yang singkat. Tahap penjanaan kuasa dipengaruhi oleh kekuatan dan kelajuan otot.

Aktivitit Membina Kuasa Otot

A. Lompat ke atas Peti Lombol
= membina kuasa mutlak otot kaki, khususnya otot-otot quadriceps,hamstring dan gastrocnemius.
Kaedah melakukan aktiviti ini adalah:
1. sediakan tempat aktiviti
2. lompat dan mendarat ke atas peti lombol pertama dengan kedua dua belah kaki.
3. lompat ke bawah dengan fleksi lutut pada anggaran 60 darjah. Mendarat dengan kedua dua belah   kaki
4. ulang langkah 2 dan 3 unutk peti lombol seterusnya, dan lari ke garisan penamat sepantas yang boleh.

B. Bounding

1. berdiri di garisan permulaan.
2. guna bebola kaki kanan untuk melonjakkan kaki ke hadapan.
3. ketika fasa lonjakan, buka langkah seluas mungkin dengan mengangkat lutut kiri ke paras pinggang bagi mendapatkan fasa apungan.
4. mendarat dengan kaki kiri. Fleksi kaki ketika mendarat unutk serap daya.
5. ulang langkah 2,3 dan 4 unutk kaki kiri.
6. teruskan aksi sehingga tamat jarak 20 meter.

C. Tekan Tubi Condong

1. sedia dalam posisi tekan tubi biasa.
2. buka seluas bahu kedua dua tangan yang menyokong badan.
3. posisikan kedua dua kaki di atas peti lombol atau peralatan setara supaya kaki berada lebih tinggi daripada paras bahu.
4. tarik nafas dan fleksi siku sehingga dada kontak dengan lantai.
5. hembus nafas dan ekstensi siku. Angkat kesuluruhan bahagian badan dalam keadaan lurus.
6. ulang pergerakan 4 dan 5

D. Lompat Kanggaru

1. sediakan tempat aktiviti seperti pada rajah.
2. berdiri dalam posisi sedia. Fleksi kedua dua lutut.
3. lonjak dengan kedua dua bebola kaki dan lompat untuk mengatasi halangan pertama.
4. mendarat dengan kedua dua belah kaki. Fleksi lutut untuk serap daya. Tangan digunakan untuk keseimbangan pergerakan
5. ulang perlakuan 3 hingga 4 unutk mengatasi halangan seterusnya.

No comments:

Post a Comment